Skip to main content

Penjagaan Terbaik Untuk Anda

Klinik kami menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan penjagaan primer yang direka untuk memenuhi keperluan kesihatan anda di setiap peringkat kehidupan termasuk kanak-kanak dan warga emas. Daripada pemeriksaan kesihatan rutin hingga pengurusan penyakit kronik, pasukan perubatan kami yang berpengalaman komited untuk memberikan rawatan secara peribadi dalam persekitaran yang selesa.


Pendekatan kami memberi tumpuan bukan sahaja kepada rawatan masalah kesihatan semasa, tetapi juga kepada pencegahan melalui penilaian menyeluruh, intervensi tepat pada masanya dan pendidikan pesakit. Kami percaya dalam membina hubungan jangka panjang dengan pesakit sebagai rakan kesihatan yang dipercayai demi kesejahteraan dan kesihatan optimum.

Rawatan Am Pesakit Luar

  • Demam, batuk & selesema
  • Sakit perut, cirit-birit & muntah
  • Jangkitan kulit / fungal infection / scabies
  • Penjagaan /cuci luka
  • Darah tinggi (Hypertension)
  • Kencing manis (Diabetes)
  • Tinggi kolesterol (Hypercholesterolemia)
  • Kulit kering / alahan (Eczema)

Rawatan Asas Kecemasan

  • Sakit dada / jantung / ECG
  • Nebuliser / Oksigen
  • Jahitan luka (wound suture)
  • Accident / Patah tulang / X-ray
  • Dehydration / IV Drip
  • Semput lelah (Asthma / COPD)

rawatan pembedahan kecil

  • Bisul / Nanah
  • Lipoma / Cyst / Ketulan Lemak
  • Kuku cengkam / Cagu / Lulu Tercabut
  • Bendasing / Foreign Body Removal

rawatan Vaksin & Imunisasi

  • Influenza vaccine
  • Typhoid vaccine
  • Cholera vaccine
  • Menigococcal vaccine
  • Tetanus vaccine
  • Hepatitis A/B vaccine

Rawatan Sakit Sendi & Otot

  • Sakit lutut / Osteoarthritis
  • Sakit Bahu / Frozen Shoulder
  • Jari Sangkut / Trigger Finger
  • Sakit Tapak Kaki / Plantar Fascitiis
  • Sakit Tengkuk & Belakang / Sciatica Back Pain
  • Sakit Gelang Tangan / Wrist Pain / Carpal Tunnel

Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan yang menyeluruh

Klinik kami menyediakan perkhidmatan kesihatan pekerjaan yang khusus untuk memenuhi keperluan syarikat dan organisasi. Perkhidmatan kami dikendalikan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah yang berpengalaman serta memahami keperluan unik keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


Kami bekerjasama rapat dengan majikan dalam membangunkan program yang disesuaikan bagi melindungi kesihatan pekerja, memastikan pematuhan kepada peraturan, serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan produktif. Pendekatan komprehensif kami merangkumi langkah pencegahan dan rawatan susulan bagi mengurangkan risiko kesihatan di tempat kerja serta mengurus kecederaan atau penyakit pekerjaan dengan berkesan.

Occupational health medical checkup

  • Pre-employment
  • Fitness To Work
  • Return To Work

competent person medical checkup

  • AESP Confined Space
  • Crane Operator
  • Scaffolding Erector
  • Lift Competent Person
  • SHO / SSS

audiometry test

urine drug alcohol test

medical surveillance

spirometry test

chest xray

onsite health talk

ohd medical report

hubungi kami

Hubungi kami dan tempah temujanji bagi perkhidmatan kesihatan yang terancang dan selesa.

waktu operasi  

Monday - Friday

08:00 - 22:00

Saturday - Sunday

08:00 - 22:00



Setia Medicare PLT

Reg No: 202404002572 (LLP0040073-LGN)